HAYDA #TERPAKSACANTIK

 

HAYDA INTERNATIONAL SDN BHD telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada 25hb Oktober 2017 dibawah Akta Syarikat 1965 yang mana pada awalnya telah beroperasi dari tahun 2014. Perniagaan ini beralamat di PT 502, Ground Floor,Jalan Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

HAYDA INTERNATIONAL SDN BHD menjalankan perniagaan tudung sebagai aktiviti utama yang merangkumi pelbagai jenis tudung termasuk bawal chiffon printed, sauk printed, bawal cotton, bawal luna exclusive, dan shawl turban. Syarikat ini diuruskan oleh usahawan berjaya, Nurul Aida Binti Rosli yang merupakan Pengarah Hayda International yang berkarisma dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan yang diceburi. Perniagaan ini juga mempunyai warga kerja yang komited terhadap kerjaya mereka dan kemajuan syarikat.

HAYDA INTERNATIONAL SDN BHD Amat komited dalam membantu 13,000 dropship yang merangkumi surirumah, wanita bekerja dan pelajar. Di samping itu, Hayda International juga sentiasa memastikan supaya 50 kakitangan yang kini berkhidmat di bawah syarikat ini sentiasa menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan kejujuran di samping terjaganya kebajikan mereka.

Perniagaan ini ditubuhkan dengan hasrat dan inspirasi ianya akan berkembang maju dan menjadi sebuah perniagaan yang mempunyai daya saing yang kental dalam mengharungi dunia pemiagaan yang mencabar pada era ini. Selain itu, kami berharap melalui perniagaan ini, kami dapat mengukuhkan sistem fizikal, sosial dan ekonomi negara seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara.